Kata Hampir Sama Makna
1.a) basi ( 腐臭 )
Masakan ibu semalam sudah basi dan tidak boleh dimakan lagi.
b) busuk ( 臭 )
Buah tembikai itu sudah barbau busuk.
c) hangit ( 烧焦 )
Nasi yang ditanak oleh ibu sudah hangit.
d) tengik ( 哈喇味 )
Minyak masak itu sudah lama dan berbau tengik.
2. a) belah ( 破开 )
Piring yang retak itu sudah belah dua.
b) hancur ( 粉碎 )
Cili merah itu telah ditumbuk hingga hancur.
c) patah ( 折断 )
Kakinya patah kerana dilanggar kereta.
d) retak ( 破裂 )
Pinggan mangkuk yang lama itu suadah hampir retak semuanya.
3. a) bengkok ( 弯曲)
Batang besi itu sudah bengkok.
b) bongkok ( 驼背 )
Orang tua itu berbadan bongkok
c) condong ( 歪 )
Tiang lampu itu condong ke arah rumah saya.
d) serong ( 斜 )--剪裁
Gadis itu memakai skrit yang berpotongan serong di sebelah tepi.
Simpulan Bahasa
1. ada hati = ada kemahuan untuk membuat sesuatu kerja ( 有心 )
2. ada jalan = ada cara untuk menyelesaikan masalah ( 有办法 )
3. air muka = rupa seseorang ( 面貌 )
4. akal kancil = bijak membuat tipu daya atau helah ( 鬼计多端 )
5. alas perut = makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar ( 点心)
6. ambil angin = bersiar-siar untuk melapangkan fikiran ( 散步)
7. ambil berat = ambil tahu akan sesuatu perkara ( 认真对待某件事 )
8. ambil hati = pandai menyenangkan hati seseorang atau merajuk kepada seseorang( 讨好别人)
9. anak angkat = anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri ( 养子)
10. anak emak = orang yang disayangi oleh ibu bapa atau majikan ( 掌上明珠)
****** ^^^^^^^^^^^ ****** ^^^^^^^^ ********^^^^^^^^********
persembahan blog yang menarik terutamanya gambar animasi dapat menghilangkan rasa bosan.
ReplyDelete